Sunday, January 20, 2013

Sweetluck Shawl Pertama

Alhamdulillah, dengan kebanjiran order Honeymoon (plain) kami, di bulan Ramadhan juga kami lancarkan shawl pertama MC yang diberi nama Sweetluck. Sepadan dengan namanya, Sweetluck membuat anda nampak sweet bila dipakai kerana coraknya yang vintage. Corak begini sengaja dipilih kerana founder kami amat menggemari rekaan-rekaan vintage dengan sentuhan yang simple. Beliau merasakan sesuatu yang digemarinya amatlah sesuai untuk dikongsi dengan pelanggan, ini dapat memberikan keunikan tersendiri kepada produkproduk tudung kami.

Ramai pelanggan kami sukakannya sehinggakan Sweetluck code SWE01 habis dalam masa 2 hari sahaja. Namun oleh kerana masih baru dalam pembuatan shawl, kami tidak merestock Sweetluck kerana ingin mencipta shawl yang lain pula dengan sentuhan yang berbeza. 

Kami akui, Sweetluck tidak dijual dalam kuantiti yang banyak kerana materialnya yang terhad dan kemunculan Sweetluck adalah bersifat percubaan. Namun, selepas kejayaan Sweetluck kami terus mencipta shawl-shawl seterusnya dengan kualiti yang masih sama.

Inilah Sweetluck dari code SWE01 yang habis dijual dalam masa 2 hari sahaja
LOVE,
MALADY COUTURE
FACEBOOK: Malady Couture
INSTAGRAM: Malady Couture
TWITTER: Malady Couture

No comments: