Sunday, January 20, 2013

Trend Hoodie

Penggunaan tudung hood atau hoody/hoodie ini sebenarnya adalah untuk mereka yang mahu tampil bergaya 'segera'. Maksudnya hijaber (mereka yang memakai hijab/tudung) tidak mahu melilitlilit tudung untuk kelihatan bergaya. Kenapa mereka tidak memilih tudung instant seperti tudung 'ekin' iaitu merujuk kepada tudung berawning keras? Ini kerana adakalanya jika salah pemilihan tudung 'ekin' akan menyebabkan penampilan anda nampak cacat atau terus hilang tarikan.

Di sinilah tudung hoodie memainkan peranannya. Sarung sahaja apa jenis tudung hoodie, anda akan secara automatik kelihatan 'stylo' atau bergaya. Tidak perlu melilit tudung, tidak perlu memakai brooch besar. Tudung hoodie memang sifatnya begitu. Memberi gaya dalam ringkas.

Kenapa tudung hoodie akan membuatkan anda kelihatan bergaya? Ini berkait rapat kepada keberanian si pemakai untuk mengenakannya juga, kerana tidak semua hijaber berani memakai tudung hoodie. Alasannya, tudung hoodie agak asing dari bentuk tudung sebenar dan seseorang yang berani menggayakannya biasanya seorang hijabista!



Kerana inilah, kami meneruskan penggembaraan tudung hoodie kami dengan koleksi Honeymoon II iaitu hoodie bercorak. Mengekalkan design dan konsep yang sama, tudung hoodie kali ini mempunyai corak di satu bahagian permukaannya. Jadi anda boleh memakainya menggunakan keduadua belah mengikut keselesaan anda.


Untuk memberi gambaran mengenai cara pemakaiannya kami sediakan video kerana ramai antara pelanggan dan hijaber tidak dapat menggambarkan bagaimanakah caranya tudung hoodie ini dikenakan kerana ianya berbeza dari tudung hoodie yang pernah anda lihat.

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/LuQ5qNPpN70" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Akhinrnya, percaturan kami mengeluarkan tudung hoodie bercorak ini tidak pernah sia-sia, apabila tudung hoodie Honeymoon II telah mengatasi jualan Honeymoon Plain batch pertama dengan jualan sebanyak lebih 100 unit. Satu kejayaan besar untuk butik yang baru seperti kami. Untuk pengetahuan anda, sehingga hari ini permintaannya masih ada dan sudah direstock sebanyak lebih 6 kali.

Terima kasih atas sokongan semua.

LOVE,
MALADY COUTURE
WEBSITE: http://maladycouture.com/
FACEBOOK: Malady Couture
INSTAGRAM: Malady Couture
TWITTER: Malady Couture

No comments: