Saturday, January 19, 2013

Honeymoon Launch 1 Ramadhan 1434

Assalamualaikum hijabista!

Hari ini kami akan mula menggunakan kembali blog Malady Couture ini untuk tujuan bercerita dan berkongsi pelbagai perkara mengenai kami. InshaAllah, di sini kita akan lebih dekat lagi. 

Alhamdulillah, pada 1 Ramadhan 1434 yang lalu iaitu pada bulan Ogos 2012 kami mula beroperasi kembali setelah berehat selamat hampir 2 tahun. Selama merehatkan diri kami tidak diam begitu sahaja, banyak perkara yang kami lakukan untuk menyuntik kesegaran dalam produk kami... Dan hari ini kami sudah melaksanakan segala yang tertangguh masa lepas.

Hijab pertama dilancarkan adalah hijab Honeymoon. Iaitu tudung hoodie dwicolor dari material chiffon. Percaturan kami untuk memberikan impak maksima kepada koleksi pertama nampaknya agak menjadi apabila hijab Honeymoon kami mendapat jualan terlaris sehingga ke hari ini. Walaupun sudah 6 bulan berlalu namun Honeymoon kami masih lagi mendapat permintaan dan telah direstock sebanyak beberapa kali tanpa anda sedar. Disebabkan permintaan yang tidak berhenti, kami telah memaksimumkan pengeluarannya hingga bertahan selama 4 bulan. Kini kami tidak lagi merestock Honeymoon kerana ingin memberi laluan kepada tudung-tudung lain yang lebih terkini.



Bersama dengan terlancarnya website baru maladycouture.com, kami juga memberi suntikan imej baru dengan mempertaruhkan layout baru dan penampilan model Nabiha Badjenid. 

Terima kasih atas sokongan anda. InshaAllah ada cerita lain pula selepas ini.




LOVE,
MALADY COUTURE
FACEBOOK: Malady Couture
INSTAGRAM: Malady Couture
TWITTER: Malady Couture

No comments: