Saturday, October 8, 2011

VESLEY RM15 SAHAJA

Hai semua! Bukan mudah untuk menjalankan perniagaan sekaligus bekerja dan kini saya sibuk dengan persiapan menjelang 'majlis besar' saya. Walaubagaimanapun, demi rasa rindu kepada cinta hati saya ini, saya hadiahi semua pelanggan setia dengan koleksi baru diberi nama Vesley. Vesley didatangkan dengan 3 koleksi warna shawl yang ringkas dan ringan. Kain Vesley memang lembut dan tidak berbulu, lebih menarik materialnya tidak panas. Terdapat 3 corak floral sesuai dengan suasana santai di petang hari. Senang digayakan dengan pelbagai gaya terkini. Boleh cuba cara di bawah. Untuk order sila scroll ke bawah untuk mengisi order form. Selamat membeli belah. Semoga teruskan sokongan!

VES 001
SOLD OUT 
VES 002
SOLD OUT   
VES 003
SOLD OUT   

Tuesday, August 9, 2011

RESTOCK: QANASUFI ::HANYA RM25::


 QAN 001


Dikesempatan ini kami mengeluarkan Shawl Istimewa buat semua hijabis demi menghargai setiap klik ke webpage ini. Hari ini saya perkenalkan Shawl Qanasufi esklusif hanya di Malady. Shawl ini mempunyai pelbagai warna dan corak menarik dan terpilih. Hanya terdapat di Malady sahaja. Pilihan corak terkini kini boleh dimiliki dengan sepuluh warna berbeza. Dikeluarkan dengan kuantiti yang lebih banyak. 

Note: Sila isi ORDER FORM di bawah page ini untuk membuat tempahan. Ini adalah kuantiti tambahan.

 QAN 002
SOLD OUT   


 QAN 003

 QAN 004


  QAN 005

 QAN 006


  QAN 007

  QAN 008


  QAN 009
SOLD OUT   

  QAN 010







Wednesday, August 3, 2011

RAMADHAN SPARKLE:PASHMINA VECTOR

RAMADHAN KAREEM. Sempena bulan mulia ini, kami ingin berkongsi kegembiraan dengan semua hijabis koleksi terbaru Pashmina Vector di bawah label Ramadhan Sparkle. 

Pashmina berkualiti ini tidak tebal dan tidak panas. Bukaannya yang luas boleh sehingga menutupi bahagian dada. Kami yakin anda akan berpuas hati dengan rekaannya. Demi memastikan kepuasan anda, kami bawakan corak vector yang menjadi trend masa kini dengan harga yang terendah.

Salam Ramadhan buat semua.

Note: Sila isi ORDER FORM di bawah page ini untuk membuat tempahan.

 VEC 001
Harga: RM22
AVAILABLE 
 VEC 002
Harga: RM22
SOLD OUT

VEC 003
Harga: RM22
SOLD OUT 
VEC 004
Harga: RM22
AVAILABLE  

VEC 005
Harga: RM22
AVAILABLE  

Wednesday, April 6, 2011

NEW ARRIVAL: SAARAH : RM26

Assalamualaikum,

bulan April ini, kami membina satu lagi imej dalam koleksi hijab pilihan. Kali ini kami perkenalkan Saarah. Sesuai dengan kelembutan seorang wanita Saarah adalah hijab "mixture trend" yang digubah beropol sederhana dihujung jahitan.  Begitu juga kemasan bunga (sebelah sahaja) memberi impak simple dan trendy kepada si pemakai. Material terbaik dari jenis cotton smurf (bukan jenis cotton t-shirt) sangat mudah dipakai malah tidak perlu menggunakan pin atau kerongsang kerana ianya mudah jadi. Tidak panas dan tidak berat. Sila lihat jenis kain pada gambar di bawah. 

Nota: Sebelum di pamerkan sudah ada yang membelinya kerana kainnya sangat selesa. Sila isi ORDER FORM di bawah page ini (Scroll ke bawah).


SAA 001
Harga: RM26
Warna: Brown

SOLD OUT 


SAA 002
Harga: RM26
Warna: Ocean Blue

AVAILABLE

SAA 003
Harga: RM26
Warna: Black

AVAILABLE

SAA 004
Harga: RM26
Warna: Grey Blue

SOLD OUT

SAA 001
Harga: RM26
Warna: Camel

SOLD OUT
 Step 1: Sematkan shawl kanan ke sebelah kiri dan pinkan menggunakan jarum peniti
Step 2: Alihkan shawl sebelah kiri ke bahu kanan pula (tidak perlu pin)
Step 3: Siap.. seperti gambar di bawah step 1 dan 2. (Baca dari urutan kiri ke kanan)

Monday, March 28, 2011

NEW ARRIVAL: VERA JANE

VJ 001
Harga: RM25
SOLD OUT
VJ 002
Harga: RM25
SOLD OUT
VJ 003
Harga: RM25
SOLD OUT
VJ 004
Harga: RM25

AVAILABLE 
VJ 005
Harga: RM25

SOLD OUT
VJ 006
Harga: RM25

SOLD OUT
VJ 007
Harga: RM25

AVAILABLE
VJ 008
Harga: RM25

SOLD OUT
Hai gadis-gadis kesayangan kami!

Malady muncul pula dengan shawl corak vintage yang penuh dengan warna-warni. Sesuai dengan trend vintage 2011, kami menggunakan corak flora dengan material kain cotton best untuk keselesaan dan sejuk semasa memakainya. Untuk menambah gaya VJ boleh digayakan dengan dress plain bersama palazzo. Selamat mencuba koleksi terkini kami!

Thursday, March 3, 2011

Malady Couture Menaja Maria Elena (The Blogger)


Salam Malady's,

buat julung kalinya kami menaja hijab buat blogger pilihan kami iaitu Maria Elena. Kenapa Maria Elena dipilih? Kami menemui sebuah blog yang sangat berpengisian dan mampu menghiburkan hati kami.. dan pastinya bakal menghibur anda semua juga. Maria juga kami dapati seorang penggemar fesyen terutamanya dalam hijab styling.. jadi kami memilihnya untuk menjadi sebahagian dari pemilik hijab Malady. Maria telah memilih Taze untuk dijadikan hijab kepunyaannya. Jom lihat video dari blog Maria. Dalam video Maria memakai Taze code TAZ 005.


Wednesday, February 9, 2011

KARMILA ::RM30::

Salam,

Karmila pula menemui anda kali ini. Karmila didatangkan dari material lace (hitan dan putih) dan chiffon kilat yang dicantumkan ditengah. Untuk menyuntik kelainan, bunga Zaharah disematkan disetiap hujung helaian Karmila kami (sebelah sahaja). Untuk anda yang sukakan kelainan dan sukakan sentuhan lace tetapi sukar mendapatkannya kerana mahal, anda boleh mencuba Karmila kami dengan harga sangat berpatutan. Kami juga sediakan cara mengikat Karmila untuk memberi lebih idea kepada anda. Selamat mencuba!

KAR 001
Harga: RM30
Warna: Yellow
KAR 002
Harga: RM30
Warna: Light Orange
KAR 003
Harga: RM30
Warna: Purple
KAR 004
Harga: RM30
Warna: Green
::Sold Out::
KAR 005
Harga: RM30
Warna: Vanilla

::Sold Out::
KAR 006
Harga: RM30
Warna: Brownish

KAR 007
Harga: RM30
Warna: Maya Pink
::Sold Out::

KAR 008
Harga: RM30
Warna: Dark Gold
KAR 009
Harga: RM30
Warna: Hot Red
KAR 010
Harga: RM30
Warna: Blue

::Sold Out::
Cara-cara mengikat Karmila

Step 1: Pakai memanjang sebelah.
Bahagian pendek dilepaskan di belakang.
Bahagian panjang dilipat sedikit seperti dalam gambar


Step 2: Bahagian yang dilipat disematkan
di atas kepala dan dipinkan.
Step 4: Sebelah kiri (dari pandangan anda)
dikemaskan sehingga bunga pada
Karmila betul-betul di hujung lipatan.
Step 4: Selesai. Karmila boleh dipakai pelbagai
cara mengikut kreativiti pemakai.

Tuesday, January 4, 2011

NEW


NEW! Klik Sakura, Taze, Alwani, Almira & Naaila

Salam.. Kami mengalu-alukan sebarang pertukaran blog atau online bisnes anda dengan Malady Couture untuk disenaraikan di Link List. Sila email kepada kami url blog atau online bisnes anda ke massmohamad@gmail.com.
Terima kasih.

Mass Mohamad

Monday, January 3, 2011

SAKURA ::RM25::

Shawl tahun baru!

Revolusi berfesyen diteruskan lagi dan hari ini seperti yang dijanjikan kami memperkenalkan koleksi terbaru Malady Couture dinamakan Sakura. Shawl dwiwarna (depan belakang warna berbeza) dan kemasan jurai di hujung shawl memberi kelainan pada si pemakai. Boleh digayakan dengan pelbagai jenis cara mengikut kreativiti, Perhatikan setiap Sakura di bawah, kami gayakan lain setiap satunya. Sakura akan beri lembaran baru buat anda.

SAK 001
Harga: RM25
Warna: Brown

::Sold Out::

SAK 002
Harga: RM25
Warna: Purple
::Sold Out::

SAK 003
Harga: RM25
Warna: Pale Orange
::Sold Out::

SAK 004
Harga: RM25
Warna: Ocean Blue
::Sold Out::
SAK 004
Harga: RM25
Warna: Hot Red
::Sold Out::

Cara-cara mengikat Sakura
Step 1: Pinkan sebelah kiri shawl ke anak tudung,
pastikan juraian berada di hadapan
(perhatikan dalam gambar)

Step 2: Selepas di pin lilitan akan kelihatan seperti di atas

Step 3: Lilit shawl seperti biasa ke atas kepala,
longgarkan sedikit di bahagian bawah (dagu)

Step 4: Siap untuk digayakan seperti ini